Tuesday, August 25, 2015

Saya Rasa Tak Bangsat, Anda Bagaimana?

Setelah memberi pengertian baru kepada istilah 'derma' beberapa bulan lepas yang telah menjadikannya sensasi tak diingini sekali lagi di peringkat antarabangsa, DS Najib tempohari di Perasmian Mesyuarat Agung Bahagian Padang Besar, Arau dan Kangar mengisytiharkan pengertian baru bagi terma 'bangsat'. Bangsat menurut beliau adalah mana-mana orang Melayu yang tidak bernaung di bawah pemerintahan kerajaan yang dipimpin UMNO...

Kita tolak ke tepi dahululah terjemahan yang keterlaluan kerana tidak mahulah kita memikirkan DS Najib mengisytiharkan seluruh bangsa Melayu di Indonesia, Thailand, Filipina... seluruh nusantaralah, termasuk Madagascar, di mana UMNO tak pernah bertapak sebagai bangsat! Pada masa sama, orang-orang Melayu yang di perantauan seperti Australia, Eropah, Timur Tengah, Amerika... takkanlah semua ini dibangsatkan beliau! Tambah lagi, kita yakin beliau tidak menganggap Melayu yang hidup sebelum UMNO tertubuh atau yang sebelum Merdeka bangsat!

Yang membuat kita berfikir sedikit adalah senario di Singapura di mana dahulunya ada UMNO tetapi ternyata sekarang organisasinya tinggal puing-puing sahaja... adakah ini membangsatkan Melayu Singapura? Hmmm...

Kemudian blogger ini cuba benar-benar memahami kebangsatan menurut DS Najib dengan membuat refleksi terhadap diri sendiri. Blogger ini berdarah Kedah dan Indonesia, lahir di Selangor dan sudah lama tinggal di Segambut, Wilayah Persekutuan. Makanya, ikut darah Kedah, pernahlah blogger ini bangsat pasca PRU12, tetapi kini sudah tak bangsat lagi. Tetapi berdasarkan negeri kelahiran, blogger ini masih bangsat! Namun, lebih mengelirukan lagi, berdasarkan tempat tinggal di mana blogger mengundi, wakil rakyat bukan UMNOnya membangsatkan, tetapi kerajaan persekutuan pimpinan UMNO tidak membangsatkan!?

Macam nilah, blogger ini agak yakin yang kita tak bangsat. Lagipun, DS Najib banyak cakap tak tentu hala sekarang... jadi kalau pembaca merasakan diri juga tak bangsat, jangan risau, kita tak bangsat. Jangan risau tentang taraf kebangsatan anda walau pengundi Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak (!!!) ... Cuma kita kena betul-betul fikir sekarang siapa yang bangsat... macamlah kita termenung dulu mikir derma ke tak derma... dan 1MDB ni apakebendenya? ...

1 comment:

Anonymous said...

Ramai orang melayu tulin rasa diri mereka bangsat melainkan mereka adalah dari kalangan orang royal atau memang nya kaya atau mereka yang anak menteri atau bekas menteri. Orang melayu yang tak sedar diri memang tak faham apa itu bangsat.

Tangential Malay Search Results